Saturday, November 3, 2018

Nasehat Dr Ismail Tambi: Terlebih Guna Ubat Kuat Boleh Bawa Maut

Dr Ismail Tambi Pakar Sakit Lelaki
Dr Ismail Tambi Pakar Sakit Lelaki

Nasehat Dr Ismail Tambi: Terlebih Guna Ubat Kuat, Boleh Bawa Maut


Pengambil ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat oleh segolongan lelaki dianggap perbuatan sangat berbahaya sekiranya ia tidak mendapat nasihat pakar dalam bidang sakit tuan.

Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sedia berkongsi pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin lelaki berkata, pesakit perlu merujuk kepada pakar terlebih dahulu dan bukan membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut.

Dr Ismail Tambi turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat.

Ikuti temu bual seterusnya bersama dengan wakil Sinar Harian.


Boleh Doktor Jelaskan Mengenai Masalah Penyakit Lemah Tenaga Syahwat Yang Dihidapi Oleh Lelaki Sehingga Ada Yang Sanggup Mengambil Ubat Kuat Bertujuan Untuk Membantu Memulihkannya?



Gejala ini sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks bersama pasangannya.


Mungkin mampu buat tetapi tidak berdaya atau dalam erti kata lain tidak puas terutama pasangannya. Kita sedia maklum perkara ini adalah hubungan intim melibatkan lelaki dan perempuan bagi mengeratkan keharmonian keluarga.

Namun perkara ini boleh jadi masalah kepada lelaki, beri tekanan serta mengaibkan jika mengalami masalah saya sebutkan tadi. Ini kerana lelaki khuatir ia mengganggu hubungan dan memberi banyak kesan.

Ciri-ciri kejantanan lelaki itu tergugat. Dia (pesakit) perlu buat sesuatu tetapi malu nak berkongsi dengan orang lain, jadi terpaksa memendamnya hingga jadi dilema hingga menderita.

Dia buat macam tiada apa yang berlaku, malah isteri pun serba salah nak cakap kerana tak mahu lukakan hati suami - lantas membiarkan masalah ini berlarutan. Tetapi ada juga pasangan yang beri tekanan hingga menyebabkan perbalahan kerana tidak dinafikan ia (seks) perkara paling penting.

Lalu ada yang sanggup pergi berubat melalui cara mistik sebagainya.

Ada lelaki Bimbang Sekiranya ‘Kelemahan’ Tersebut Akan Menjadi Bahan Ketawa Sekeliling? Apa pendapat Doktor?



Itu hanya tanggapan. Itu tanggapan kita. Sepatutnya kita sedar yang kita mengalami masalah kesihatan fungsi seksual lelaki, iaitu biasanya mati pucuk. Tetapi mereka anggap ia sebagai hal peribadi, senyap dan tidak telus.

Apa Punca Yang Menyebabkan Masalah Lemah Syahwat?



Punca utamanya adalah kesan penyakit lain, umpamanya kesan penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit belakang, sakit pundi prostat dan kandungan kolesterol meningkat. Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi.

Tanggapan negatif sesetengah pesakit menyebabkan mereka terjebak memilih untuk mencuba pengambilan ubat kuat. Bagaimana Dr lihat mengenai perkara ini. Apakah risikonya?


Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan. Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak, pil, jus dan kopi. Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan.

Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara biasa.

Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut. Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power.

Mulalah mereka menggunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala kerana sifat ingin mencuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.


Apa Penyelesaian Yang Boleh Dilaksanakan Bagi Membendung Penggunaan Ubat Kuat Yang Berbahaya ini?


Benda paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit. Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh dan sebagainya.

Ubahlah tanggapan negatif. Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini oleh pihak berkuasa dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan tanpa jemu.


Adaptasi Dari:

Terlebih guna ubat kuat, boleh bawa maut

WARTAWAN SINAR HARIAN
8 OKTOBER 2013

Krim Penjagaan Zakar Yang Disyorkan Oleh Dr Ismail Tambi

No comments:

Post a Comment