Saturday, November 3, 2018

Dilema Seksualiti Lelaki

banyak lelaki lemah tenaga batin

Dilema Seksualiti Lelaki Mengikut Dr Ismail Tambi

Oleh Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi

Lelaki muda biasanya mengalami masalah cepat klimaks. Manakala yang berumur mengalami masalah disfungsi erektil iaitu kegagalan zakar mencapai ereksi. Dua masalah ini boleh diatasi jika lelaki tidak segan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan doktor atau pakar perubatan seksual.

Masalah cepat klimaks boleh ditangani dengan meningkatkan daya tahan dengan perubahan tingkah laku.

Bagi masalah yang kronik, ubat-ubatan tertentu atau penggunaan alat pembantu dapat mengekalkan ereksi seperti alat penile band.

Kajian menunjukkan lelaki yang berumur 40 tahun ke atas mengalami gangguan ereksi sebanyak 40 peratus.

Mereka yang menghadapi masalah mati pucuk lebih kurang 15% hingga 20%. Angka ini meningkat seiring dengan peningkatan usia seseorang. Peningkatan ini juga ada kaitan dengan penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit koronari.

Cara gaya hidup juga mempengaruhi fungsi syahwat lelaki. Lelaki yang merokok, minum minuman keras, tidak melakukan senaman berkala, tidak menjaga pemakanan dan mengalami tekanan (stress) kerap mengalami mati pucuk.

Rawatan ini meliputi penyakit kronik yang dihidapi seperti kencing manis.

Sekiranya kekurangan hormon androgen, hormon gantian diberi.

Rawatan khusus mati pucuk termasuk ubat `PDE 5 inhibitor' seperti viagra, (cialis dan verdenafil belum ada lagi di pasaran), alat pam vakum, kaedah suntikan interakavernosal dan MUSE (ubat gel pengembang salur darah zakar).

Selain itu, terdapat pemulihan melalui pembedahan seperti menanam susuk penile atau melakukan pintasan salur darah ke zakar. Ini bertujuan meningkatkan lagi aliran darah ke dalam zakar semasa ereksi. Maklumat lanjut boleh didapati dari doktor pakar.

Apakah punca berlakunya ejakulasi yang terlalu awal dan cara mengatasinya?

Dr. Ismail Tambi: Antara kes masalah disfungsi seksual yang sering tampil ke klinik sakit tuan ialah kes ejakulasi pramatang.

Ejakulasi cepat, cepat klimaks atau ejakulasi pramatang sering berlaku kepada lelaki yang baru sahaja memulakan hubungan seks.

Mengikut pendapat pakar psikologi, sebilangan besar ejakulasi cepat berlaku akibat amalan melancap atau onani. Ini kerana tujuan melancap ialah untuk cepat klimaks.

Apabila perkara tersebut telah ditanam dalam minda, maka ia akan berlaku secara spontan apabila lelaki itu sudah mula melakukan hubungan seksual.

Mengikut pendapat pakar antropologi, cepat klimaks adalah perkara semula jadi. Ini kerana lagi cepat ejakulasi berlaku, lagi baik kerana kemungkinan pasangan kehamilan adalah tinggi.

Dalam keadaan biasa, lelaki yang mengalami masalah klimaks cepat akan cuba berusaha untuk mengawalnya. Sebahagian besar lelaki akan dapat mengawalnya selepas beberapa bulan.

Lelaki yang cepat klimaks dapat mengawal ejakulasi apabila bersetubuh kali kedua dan seterusnya. Ini akan memotivasikannya untuk berusaha sehingga berjaya.

Sebilangan lelaki mendapati mereka mudah terangsang dengan pasangan. Kadangkala mencapai klimaks sebelum atau semasa bersetubuh.

Ini berlaku akibat rangsangan minda dan klimaks minda. Dengan mengawal minda, seperti memikirkan perkara yang tidak merangsangkan mungkin akan dapat memanjangkan hubungan seksual.

Lama-kelamaan lelaki itu akan dapat melakukan hubungan seksual mengikut selera dengan pasangannya. Bagi lelaki yang mempunyai anggota syahwat yang sensitif, mengurangkan rasa sensitif anggota kelamin akan dapat mengawal pancutan cepat.

Cara yang biasa dilakukan ialah dengan menyapu ubat kebas (local anaesthetic) atau ubat yang memijarkan (counter irritant) seperti gambir Sarawak.

Bagaimanapun, menyalut getah (penile band) ke pangkal zakar yang telah erek akan mengakibatkan zakar kurang selesa atau hilang rasa.

Cara lain yang dapat mengawal ejakulasi dan meningkatkan daya kawalan termasuk teknik Semens yang memerlukan kerjasama pasangan perempuan.

Mengikut Dr. Beautraise, pakar seksologi Perancis, waktu ejakulasi hendak berlaku, kedua-dua buah zakar akan menjadi padat dan ketika itu ejakulasi akan berlaku.

Jika hendak melambatkan ejakulasi, pastikan kedua-dua dua buah zakar tidak padat. Ia boleh dilakukan dengan mencengkamkannya yang dikenali sebagai cengkaman Beautraise.

Lelaki yang mudah klimaks juga mempunyai ketegangan zakar yang padat. Mereka dapat meneruskan pergerakan zakar setelah air mani terpancut dengan menggunakan otot kemutan (otot lantai pelvik).

Namun, bukan semua lelaki mampu untuk melakukan perkara tersebut kerana sebilangan besar akan layu atau lembik selepas klimaks.

Terdapat ubat untuk melegakan keresahan yang dapat melewatkan ejakulasi. Lelaki yang mengalami keresahan akibat cepat klimaks boleh mencuba menggunakan ubat tersebut setengah atau satu jam sebelum persetubuhan.

Kajian kepada ubat PDE5 Inhibitor (seperti Viagra), ubat ini juga dapat melewatkan ejakulasi lelaki yang mempunyai zakar yang ereksi kurang padat.

Kepada lelaki yang mengalami cepat klimaks apabila umur meningkat, ini mungkin akibat kemunculan penyakit kronik. Ini termasuklah kencing manis atau masalah ketegangan zakar tidak mencukupi. Apabila ini berlaku lelaki itu akan cuba mengawal ketegangan dan ini menyebabkan dia hilang daya kawalan untuk bertahan.

Kesimpulannya, masalah cepat klimaks atau cepat ejakulasi menggambarkan dilema seksualiti lelaki dan pasangan ketika melakukan persetubuhan.

Kedua-dua pasangan tidak akan merasa puas dan ini boleh menimbulkan ketegangan syahwat dan perasaan hampa. Jangan biarkan ia berlaku...

Sekiranya setelah mencuba berbagai-bagai teknik dan masih lagi kurang berkesan, berjumpalah doktor sakit tuan.


Adaptasi Dari Dilema Seksualiti Lelaki

No comments:

Post a Comment