Wednesday, November 13, 2019

Zakar Tak Berfungsi? Jangan Ambil Ubat Mati Pucuk Sebarangan

Zakar Tidak Berfungsi? Jangan Ambil Ubat Mati Pucuk Sebarangan, Salah Makan Boleh Maut!



Ubat mati pucuk atau penguat zakar sebenarnya diambil oleh pasangan lelaki yang menghadapi masalah ketika melakukan hubungan seks dan ubat ini bagi membantu mewujudkan ereksi ketika sedang melakukan hubungan intim.

Ubat kuat zakar adalah bertujuan menghasilkan atau mengekalkan ereksi pada lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk (Erectile Dysfunction) bagi mencapai kepuasan yang sebenar ketika melakukan hubungan seks.

Terdapat beberapa pilihan jenis ubat dan sekiranya lelaki itu disahkan mempunyai masalah mati pucuk, doktor akan memberikan preskripsi yang bersesuaian dengan pesakit tersebut.

Ubat Mati Pucuk Membantu Ereksi Yang Dikehendaki



Apabila seseorang terangsang secara seksual, isyarat akan dihantar daripada otak kepada zakar melalui sistem saraf bagi menghasilkan ereksi.

Signal ini juga membantu saluran darah arteri di zakar mengembang lalu berlaku peningkatan darah kepada sistem zakar. 

Saluran arteri yang mengembang ini akan menekan tisu dan kapilari yang berada di sekelilingnya. Keadaan ini menyebabkan darah tidak boleh keluar semula daripada zakar lalu menyebabkan ketegangan atau ereksi.

Sekiranya seseorang mempunyai penyakit yang menyebabkan gagal mencapai atau mengekalkan ereksi dalam tempoh yang diingini, ia mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan dan cara hidup seharian. Antaranya ialah:
  • Kurang bersenam
  • Obesiti (kegemukan)
  • Kuat Merokok
  • Hiperkolestrolemia (tinggi kolestrol dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Sindrom metabolisme (Metabollic Syndrome)
  • Penyakit kencing manis (Diabetes mellitus)

Oleh itu, lelaki yang mempunyai risiko di atas perlu mendapatkan perhatian kesihatan dan perubatan perubatan bagi mengelakkan masalah mati pucuk dan komplikasi lain.

Jenis Ubat Kuat Untuk Memulihkan Mati Pucuk



Ubat kuat zakar akan membantu menyelesaikan masalah mati pucuk yang dialami oleh seseorang untuk tempoh sementara. Selain itu, sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit lain yang turut menjadi punca kepada kegagalan ereksi, masalah itu perlulah dirawat terlebih dahulu.

Berikut ialah beberapa contoh ubat mati pucuk atau ubat kuat yang boleh membantu masalah erectile dysfunction:
  1. Ubat makan (Phosphodiesterase inhibitor)
  2. Ubat sapu krim
  3. Suntikan ubat
  4. Pelet intrauretral (Intraurethral pellet)
  5. Alat vakum
  6. Prostesis zakar (Penile prosthesis)

Ubat Makan (Phosphodiesterase inhibitor, PDI)



Sejenis kumpulan ubat yang dikenali sebagai Phosphodiasterase Inhibitor (PDI) adalah rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit dengan masalah ‘Erectile Dysfunction’.

Ubat ini dapat membantu seseorang lelaki mendapatkan ereksi dengan cara meningkatkan darah ke dalam zakar melalui pengenduran tisu di sekeliling organ tersebut. Antara ubat yang tergolong dalam kumpulan PDI ialah:
  • Sildenafil (Viagra)
  • Tadalafil (Cialis)
  • Vardenafil (Levitra)
  • Avanafil (Spedra)
PDI diambil sebelum anda merancang untuk melakukan hubungan intim. Selain itu, berdasarkan cara mereka berfungsi di dalam badan manusia, ubat PDI juga turut dikenali dengan nama phosphidiesterase type 5 (PDE5) inhibitors, tetapi tidak boleh diambil bersama dua ubat ini:
  1. Ubat glyceryl trinitrate (GTN) biasanya digunakan untuk merawat masalah kardiovaskular.
  2. Ubat alpha-blockers (doxazosin, indoramin, terazosin, prazosin) yang biasa digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.
Kedua-dua ubat ini berfungsi menurunkan tekanan darah dan sekiranya diambil bersama ubat PDI boleh menyebabkan tekanan darah turun mendadak (hypotension) selain boleh kena serangan jantung, angin ahmar atau mati.

Tetapi harus diingat, ubat PDI yang diambil oleh pesakit tidak boleh mendatangkan ereksi sekiranya pesakit itu sendiri tiada rasa keinginan untuk menjalani hubungan intim!

Walau bagaimanapun, selain pengambilan ubat pesakit juga boleh merawat dengan mencari punca simptom mati pucuk, mengubah gaya hidup atau melakukan kaunseling psikologi bersama pasangan.

Cara Menjaga Zakar Mengikut Dr Ismail Tambi, Pakar Sakit Tuan

Sumber: Adaptasi dari: The Asian Parent Malaysian


Zakar Tak Berfungsi? Jangan Ambil Ubat Mati Pucuk Sembarangan, Salah Makan Boleh Maut

No comments:

Post a Comment