11 Makanan Yang Bagus Untuk Tambah Superpower Zakar Suami Anda
Para isteri jangan malas untuk beri 11 makanan ini pada suami agar kesihatan zakar mereka terjamin, malah lebih power ketika beraksi di ranjang!
11 Makanan Yang Bagus Untuk Tambah Superpower Zakar Suami Anda
Makanan Untuk Zakar Suami Yang Power
Makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan. Anda pernah dengar perumpamaan “anda adalah apa yang anda makan, kan?
Begitulah rapatnya hubungan antara makanan dan tahap kesihatan individu. Sama juga untuk daya seksual pasangan berkahwin!
Sibuk dengan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan kenapa pasangan berkahwin tidak menjaga nikmat hubungan intim.
Sebelum ini kita telah berkongsikan kepada anda iaitu 5 makanan yang baik untuk menjaga kesihatan faraj, 8 makanan yang membunuh sperma suami dan 10 makanan yang meningkatkan nafsu seks, kan?
Tapi hari ini, kami akan berkongsi ilmu lain pula.
Jika anda mahu menambah superpower zakar atau “senjata utama” pasangan, menguatkan sperma, menambah nafsu dan menjadikan satu malam berhubungan intim yang tak dapat dilupakan, artikel ini sesuai dibaca.
Mari kita ketahui11 makanan yang bagus untuk menambah superpower zakar pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk anda juga!
1 – Kacang Tanah
Kacang Tanah |
Menurut sebuah kajian, kacang tanah adalah sumber zink yang amat bagus untuk membantu mengekalkan kesihatan sperma lelaki.
Malah, kacang tanah juga meningkatkan peluang untuk wanita hamil!
2. Telur
Telur |
Anda atau pasangan mahu meningkatkan peluang untuk hamil tetapi masih gagal? Berapa kerap anda bersama dengan pasangan?
Peluang untuk hamil akan jadi lebih baik jika anda mengamalkan diet untuk seks. Diet untuk seks yang bagus mampu mengimbangkan paras hormon.
Ia penting agar anda atau pasangan menghasilkan hormon “cinta” yang seimbang dan boleh bermadu asmara.
Telur antara makanan yang bagus untuk zakar suami kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B5.
3. Sayur Bayam
Sayur Bayam |
Sayur-sayuran hijau yang segar seperti bayam adalah sumber magnesium yang sungguh hebat.
Ia mampu mengembangkan saluran darah, maka lebih banyak oksigen akan disampaikan ke zakar suami.
Berita baiknya? Zakar suami akan lebih mudah menegang tanpa anda bersusah-susah memberi blowjob!
4. Daging/Ayam
Daging dan Ayam |
Ini merupakan menu utama dalam hidangan makanan seharian kita, kan? Dan nasib baiklah daging atau ayam merupakan sumber makanan yang diperkaya dengan zink.
Jadi, ia amat bagus untuk kesihatan sperma si suami.
Oh, tahukah anda yang air mani suami juga sebenarnya boleh merawat kemurungan isteri? Tapi jangan salah anggap tentang air mani dan sperma, ya. Ia 2 benda yang berbeza!
5. Buah Pisang
Buah Pisang |
Pisang kaya dengan potasium dan vitamin B seperti riboflabin. Ia mampu melawan stress dan merangsang nafsu seks seorang lelaki.
6. Buah Tembikai
Buah Tembikai |
Nampaknya, anda tak payah bersusah-susah untuk memasak pelbagai resepi pun bagi menambah superpower pada batang si suami.
Cukuplah dengan menghidangkan pencuci mulut yang manis ini! Buah tembikai mempunyai phytonutrient yang dikenali sebagai citrulline.
Ia bagus untuk memberi sensasi relaks pada otot zakar.
7. Yogurt dan Kacang Gajus
Sama seperti kacang tanah, yogurt dan kacang gajus juga mengandungi zink yang sangat tinggi.
8. Ikan Salmon
Ikan Salmon |
Tahukah anda bagaimana ingin menghasilkan air mani yang berkualiti lagi power? Jawapannya adalah asid lemak Omega-3!
Asid lemak Omega-3 dalam ikan salmon, contohnya, bukan saja meningkatkan nafsu seks pasangan, malah ia juga menghasilkan air mani yang lebih sedap.
9. Brokoli
Brokoli |
Brokoli dan kobis bunga mengandungi kandungan folate yang baik untuk DNA pasangan.
Malah, ia juga membuatkan suami lebih bertenaga, sihat dan lebih berkeyakinan. Barulah lepas ini mereka akan lebih kerap menggoda kita!
10. Dark chocolate
Dark chocolate |
Ini antara makanan yang paling senang nak bagi pada pasangan!
Dark chocolate mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai phenylethylamine. Ia sama seperti hormon endorfin yang dilepaskan ketika anda dan pasangan berasmara.
Apabila pasangan banyak makan dark chocolate, mereka akan lebih gembira dan lebih tertarik pada pasangan.
Bolehlah anda cuba memberi suami sebelum mula beraksi malam ini!
11. Sayur Asparagus
Asparagus amat popular kerana ia merupakan sumber vitamin K dan A yang sangat hebat.
Malah, asparagus juga mempunyai folat yang mampu menghasilkan hormon histamin. Ia membuatkan individu lebih mudah mencapai orgasme!
Ha… bagaimana? Senang saja nak dapatkan 11 makanan ini untuk suami kan?
Apa salahnya berbelanja untuk membeli makanan-makanan ini. Lagipun, seks mampu buat wanita lebih cantik, tahu?
Apa salahnya kalau kita demand lebih sikit pada suami untuk kekal cantik, kan…. Hehehe…
Jangan lupa untuk kongsi maklumat ini pada pasangan anda!
Tiger King Casino Slots - Slot Machine - Riders Casino 1xbet korean 1xbet korean 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 10cric login 10cric login 3782Odds Of Ingland Winning the Euros - ridercasino.com
ReplyDelete